Wednesday, July 15, 2015

Bersyukurlah sentiasa dalam kehidupan kita

15 July 15 (4:15pm @ 16:15pm) Sadong Jaya,Kota Kinabalu,Sabah.

That day was a sad day for me.. I waiting my husband as usually after work to fetch me at Islam Enterprise (Kedai Runcit) near to Affin Bank..

Sementara menunggu mata saya meliar di sekeliling kawasan tersebut sampai la saya terdengar suara kanak-kanak menangis kuat.. Saya ternampak satu keluarga kecil dan saya pasti mereka asal dari kampung kerana saya terdengar suara lelaki tua tersebut bercakap dalam bahasa dusun yang saya kurang mengerti percakapannya (I'm dusun girl). Saya mula rasa simpati apabila melihat keadaan mereka yang tidak berkemampuan.. Pakaian mereka di dalam plastik dan pakaian mereka juga kurang kemas dan bersih.. Saya juga berasa sedih dan pilu melihat keadaan aunty itu yang kurang sihat,dia nampak penat dan tidak larat berjalan.. Mereka berjalan kaki dari Center Point Sabah sampai la ke Sadong Jaya hanya semata-mata mencari bas untuk ke Penampang.. Mereka tidak dapat bertutur dalam bahasa melayu dengan baik.. Hati saya terdetik untuk bertanyakan tentang mereka..

Saya mendekati keluraga tersebut dan bertanyakan kanak-kanak yang menjerit menangis sambil memukul-mukul kaki mamanya.. Saya rasa uncle tersebut berumur dalam 60an dan aunty tersebut juga dalam umur yang sama.. Seorang kanak-kanak yang mungkin dalam usia 6 tahun yang masih belum bersekolah.. Mereka asal dari Kota Marudu dan saya kurang pasti di kawasan mana mereka tinggal.. Mereka cuba untuk mengelak bercerita dengan saya mungkin kerana susah untuk bertutur dalam bahasa melayu tapi saya tetap memberitahu mereka bahawa saya orang dusun dan faham bahasa dusun.. Mereka pun mulai bercerita dengan saya.. Anak mereka ingin membeli mainan dan mereka tidak mempunyai banyak duit masa itu.. Pada masa itu tangan saya mulai mencari duit yang diberi angpao untuk hari raya dan ingin membeli budak itu mainan.. Saya menyuruh budak itu memilih mainan apa yang dia mau.. Dan si ibu bapa menunjukkan yang mereka berasa segan dan bersalah.. Mereka memarahi anak mereka setelah melihat anak mereka memilih mainan tersebut dengan gembira,mereka sempat bercakap dengan saya tidak perlu membeli mainan untuk anak mereka.. Saya senyum dan tetap menyuruh dia memilih.. Si ibu bapa pun ikut memilih mainan dan mencari mainan yang paling murah untuk anak mereka.. Mereka selesai memilih lalu memberi mainan tersebut untuk dibyar kepada saya dengan muka yang sedih dan segan serta bercakap "pounsikou kio mandak,aiso bogia tusinn ku tihh" yg brmaksud "terima kasih perempuan,tiada duit kami ni". Saya senyum dan dengan ikhlas berkata saya buat ini sebab saya ikhlas.

Saya dengan niat baik membeli minuman 3 botol,dua keropok besar dan 1 bun untuk mereka mengisi perut.. Saya membayar makanan dan mainan tersebut dan memberi sedikit wang saku kepada budak tersebut.. Saya semakin tersentuh apabila budak itu memeluk saya setelah makanan di tangan saya sudah bertukar tangan ke tangannya dan dengan nada yang sangat gembira cakap "terima kasih kakak".. Masa tu saya terasa seperti ada habuk masuk di mata.. Hati saya sangat sedih dan terharu.. Masa tu saya hanya mampu bercakap dalam hati semoga keluraga ini sentiasa dilindungi Tuhan dan semoga anak ini membesar menjadi seorang yang berjaya di masa depan.. Bukan itu saja,mata saya tidak mampu bertahan apabila keluar dari kedai itu dengan senyuman yang ikhlas aunty tersebut dekat dan memeluk saya.. Sewaktu aunty itu peluk saya,fikiran saya melayang sejenak mengingat yang saya sentiasa mengeluh susah tapi ada yang lagi susah dari saya.. Hati saya sangat sakit dan sedih.. Air mata terkeluar dan saya tunduk kepala tidak tengok keluarga tersebut sebab saya sudah tidak tahan rasa sedih..Mereka mencari anak mereka di Dongongon Penampang yang berkerja sebagai tukang potong rumput tapi mereka tidak tahu di mana anak mereka tinggal dan kerja.. Nombor telefon pun tiada.. Syukurlah masa itu ada seorang Wanita yang baik hati dengan rela menumpangkan mereka ke tempat destinasi mereka.. Sewaktu mereka jalan meninggalkan saya,mak cik tersebut sempat berkata "KAMI TIDAK MAMPU BALAS APA YANG KAU BUAT SEKARANG TAPI TUHAN AKAN BALAS APA YANG KAU BUAT SEKARANG,TERIMA KASIH SUMANDAK.. SEMOGA PANJANG UMUR DAN MURAH REZEKI" Masa tu air mata sekali lagi jatuh dan saya terdengar budak itu meminta mamanya air yang saya beli tadi dan berkata "mak,bagi saya minum dari tadi kita tiada minum.. minum sana tandas saja" Saya betul-betul rasa sangat sedih.. Sekali lagi dalam hati saya berdoa untuk mereka..

Petang itu,saya seperti seorang wanita dalam kesedihan.. Orang yang lalu lalang depan saya semua akan pandang saya,mungkin kah mereka rasa pelik kenapa mata saya dipenuhi air mata.. Petang itu tidak seperti petang sebelumnya.. Selalu saya akan bersifat bengis sebab lambat kena ambil oleh suami saya.. Allah menemukan saya dengan mereka untuk membantu mereka yang lebih memerlukan.. Kepergian mereka diiringi dengan doa saya.. Terima Kasih pada boss saya kerana memberi saya angpao masa tu.. Angpao tu saya bantu untuk orang yang lebih memerlukan.. Semoga mereka dalam keadaan balik dan sentiasa dilindungi Allah di mana saja mereka berada sekarang.. Amin

 

#janganmengeluhdenganhidupkitasekarangkeranaadayanglebihsusahdarikita

#kekuatanhidup

#prayforthem

#mayAllahprotectthem

 

No comments:

Post a Comment

PERCUTIAN KE HATYAI,THAILAND 2019

  Okay ini bacaan khas utk orang Sabah yang mahu melancong ke Hatyai Thailand budget rendah.. Sekali skala apa salahnya kita cuci mata di te...