Thursday, September 6, 2018

RESEPI SPAGETHI CARA TRACY

Jom tengok sis punya resepi campak-campak. Sis perasaan this is my new hobby. Memasak dan kumpul barang-bramg rumah. Kesian husband sis.. Okay,jom follow a very simple recipe from me. Sejak kahwin ni,sis suka pula memasak. Sis suka cuba macam2 resepi yang mudah untuk masak dan bahan2 yang mudah di cari di supermarket. Dan rajin2 lah google resepi yang mau dimasak dan paling best cari dekat instagram siap sekali dengan video dorng memasak..

Sebelum sis sharing barang baik untuk semua wife2 di rumah,sis sharing dulu resepi simple campak2 dari sis. Semua senang cepat dan sedap. Yang penting shuben sis makan masakan dari air tangan sis. Nasib la husband ni jenis tidak memilih makanan kalau tidak memang kena komplain la oleh dia ni 😀


RESEPI SPAGHETI CAMPAK-CAMPAK

1. Bawang Besar 1 biji - Potong dadu (Suka Hati Potong Macam Mana Pun)
2. Bawang Putih 3 Ulas - Potong halus-halus atau cincang
3. Bawang Merah 3 Ulas - Potong sama seperti no.2
4. Isi ayam (Ikut suka mahu berapa banyak masakan) 
5. Sausage 3 Batang - Potong kecil-kecil
6. Isi ayam - Potong kecil-kecil (Tiada pun okay je tdk penting)
7. Burger Ramly Ayam Kisar (Tiada pun okay je tdk penting)
8. Tomato 2 biji - Potong Dadu
9. Bell Pepper - Potong Dadu
10. Mushroom Button 1 Tin - Potong Dadu 
11. Prego Mushroon Sauce (Kalau nak pakai sos kimball atau sos lain pun boleh)
12. San Remo Spagheti (Mee ni boleh pakai mee spaghti lain)

**Bahan yang sangat mudah nak cari,sis letak gambar2 bahan sis semua kat laptop so tak dapat la nak share tapi sis boleh letak gambar dari google untuk reference u'olss..
Bawang yang wajib ada di setiap masakan. Potong kecil2 atau hancurkan
Sausage Potong Dadu(Suka Hati Mau Potong Macam Mana)
Isi ayam potong kecil-kecil(Gambar Google) 
Tomato pun potong kecil-kecil atau potong dadu

Bell Pepper atau pun lada benggala potong dadu dan pilih lah color apa yang nak masak.
Prego Sos.. U'olls boleh lah pilih nak perasa apa. Sis kat rumah banyak stock sebab sis orang rumah suka makan spagheti siap breakfast spagheti lagi.

Sis guna mushroom button dalam tin dan sama juga la kena potong dadu atau potong belah dua pun okay je dari si tukang masak punya suka

Ini harus ada okay sebab tanpa ini kosong la sos kita. Mee spagethi ni ada macam2 brand dan semua harga bawah RM10. Macam macam u'olls boleh masak mee ni..
 
Daging Ayam Kisar ni kalau nak pun boleh letak kalau tak nak pun boleh je

 

Best tidak tengok post ni? Siap ada gambar dari google lagi,sis suka letak gambar ni untuk reference orang yang baru mahu belajar masak. Sebab sebelum sis suka memasak sis selalu google apa bahan-bahan yang perlu dan macam mana rupa bahan tersebut. Walaupun dah tau apa bahan tu tapi sis google juga untuk make sure bahan itu. Hah,sebab itulah kenapa sis sediakan gambar ini dengan gigih sekali. Kecewa sebab tak dapat tunjuk gambar bahan sis sendiri :( Selain bahan-bahan itu kita perlu sediakan juga beberapa bahan asas di dapur kita seperti :- 
 
-Minyak (Sis pakai olive oil tapi minyak pakai apa2 pun boleh)
-Garam 2 sudu kecil
-Secukup Rasa 2 Sudu Kecil
-Sos Tomato Sekali Tuang 
-Sos Chili Sekali Tuang
-Cili Flakes Sekali Tuang-Parsley Flakes Sekali Tuang-Lada Hitam Sekali Tuang 

 
**Gigih sis edit satu persatu(Gambar Google)

**Sis saja nak share gambar bahan-bahan ni mana lah tau ada yang betul2 tidak pandai masak dan baru mau start senang lah cari nanti. Tapi kalau bahan2 yang sis tunjuk tiada dekat rumah malas nak keluar beli u'olss boleh la masak apa yang ada yang penting ada rasa masakan u'olls :)  
 
 
 
 
 
 
 
 JOM START MEMASAK SEMUAAAA

SPAGETHI
*Didihhkan air dan letak dua sudu olive oil with salt,masukkan mee spagethi. Anggaran masa dalam 7-8 minit macam tuh perlu tunggu untuk lembutkan tuh spagheti. Toskan then lalukan air biasa sekejap so siappp untuk mee. 
*Gambar dari instagram sis sendiri😊
 
KUAH SPAGETHI  
*Panaskan olive oil tumis bawang besar,bawang putih dan bawang merah. Lepas tu masukkan juga isi ayam dan daging kisar untuk ditumis sama2 bawang. Sudah hampir kekuningan baru masukkan sos prego dan masukkan air. Masak sampai daging kisar dan isi ayam jadi empuk. (pandai2 lah tengok masakan u'olls video sis panjang sangat). Masukkan garam dan secukup rasa baru masukkan semua bahan yang dipotong dadu seperti sausage,mushroom tin,tomato,bell pepper dan last sekali baru masukkan sos cili&tomato sekali tuang saja okay dan bahan lain seperti chili flakes & Parsley serta lada hitam. Biarkan sampai mendidih dalam anggaran 5minit .
SIAP
Tutupkan api dan hidangkan. 
*Gambar dari instagram sis. Gambar lama ni,bahan pun tak banyak masa ni

*SIAPPPPPP,Selamat mencuba. Dalam gambar ni bahan tak banyak macam sis mention kat atas semua tu.
 
SIAP. Sis nak minta maaf kalau ada ayat sis yang tunggang terbalik dan bercampur pula dengan ayat sabah sis. Hehehe apa2 pun selamat mencuba kepada u'olls yang baru nak belajar memasak.. Spagethi makanan yang sangat simple,bahan yang sis semua mention tu kalau tak nak guna pun okay je tetap menjadi yang penting makanan cukup rasa dan kenyang :) 

ASSALAMULAIKUM
Jangan Lupa Baca Doa Makan Sebelum Makan
 
 
الَّلهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيمَا رَزَقْتَنَا، وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
"Bismillaahi rahmaani rahiim."
 "Allahumma baarik llanaa fiima razaqtanaa waqinaa adzaa ban-naar"
Ertinya :
Yaa Allah, berkatilah rezeki yang engkau berikan kepada kami, dan peliharalah kami dari seksa api neraka.(HR.Ibnu as-Sani)

No comments:

Post a Comment

PERCUTIAN KE HATYAI,THAILAND 2019

  Okay ini bacaan khas utk orang Sabah yang mahu melancong ke Hatyai Thailand budget rendah.. Sekali skala apa salahnya kita cuci mata di te...