Saya terpaksa merahsiakan yang saya sudah memeluk islam daripada ahli keluarga demi keselamatan saya dan saya takut kehilangan keluarga saya pada masa itu. Salah satu ayat yang sampai sekerang saya tidak lupa adalah ayat dari mulut aunty saya yang memgungkit nama daddy saya yang sudah meninggal dunia. "Kalau daddy kau masih hidup dia nampak kau macam ni mesti dia lah orang yang paling kecewa dengan kau. Kau lebih kenal agama kau,kau membesar dengan agama kau. Kau juga lah yang aktif dalam agama kau tapi kenapakah kau memilih untuk menjadi seperti ini. Tidak kasihankah kau dengan arwah daddy kau di sana" Setiap perkataan itu sangat jelas di telinga saya dan saya tidak mampu berkata apa-apa untuk backup diri saya masa itu. Mereka lebih tahu kelemahan saya dengan mengingatkan saya kepada daddy saya😢😢
Soalan yang selalu kita akan dengar daripada keluarga sendiri atau orang sekeliling.
"You want married with muslim?"
"Are you sure u want masuk islam?'
"You masuk because of married right?"
Saya akui pada mulanya saya masuk islam kerana saya akan berkahwin dengan suami saya. Niat saya masuk islam hanya untuk berkahwin dan tipulah kalau saya tak merindui agama saya sendiri. Tapi saya sangat bersyukur,kerana husband saya step by step bimbing saya dan ajar saya. Dia tidak pernah putus asa untuk terus kuatkan saya pada masa itu. Dia bertahan dengan sikap saya yang sentiasa merasa menyesal memilih kehidupan ini. Dia selalu minta maaf dengan saya kerana dia saya masuk islam dan kerana dia saya dibuang keluarga. Dan dia berjanji akan menjaga dan membimbing saya perlahan-lahan. Pada mulanya,agak janggal untuk saya belajar untuk solat bersama suami saya. Saya sangat sedih bila saya menyalahkan suami saya seolah-olah dia yang bersalah padahal saya yang memilih dia dan bertekad untuk menjadi sebahagian dari hidup dia. Setiap kali kami solat bersama,saya pasti akan sedih melihat dia sebab dia juga terkena tempias dugaan hidup saya ini.
Percaya atau tidak,saya bernikah hanya family saya yang terdekat sahaja yang hadir kerana kami hanya buat majlis tertutup dan belum bersdia untuk beritahu kepada family yang lain yang saya sudah bernikah. Salah satu kami buat majlis tertutup adalah untuk mengelakkan campur tangan keluarga yang lain dan agak risau akan diganggu pada majlis tersebut disbbkan mereka tdak bersetuju. Saya bersyukur mummy saya ada pada masa itu walaupun saya tahu pada masa itu dia tidak berstuju dengan keputusan saya tapi dia redha kerana dia pernah bagitahu saya "mummy even x rela u kawin with islam but mummy terpaksa juga sbb mummy x snggup khilangan u sdgkn mamy sdh khilangan daddy so biar time heal mumy slowly" Majlis itu tidak lah meriah dan segembira majlis nikah yang lain tapi cukup membahagiakan saya kerana lelaki yang saya sayang itu sah menjadi suami saya. Saya tahu husband saya juga mahu buat majlis nikah yang meriah tapi disebabkan family saya ada yang membantah sebab itulah dia terpaksa buat majlis tertutup yang hanya hadir 17 orang sahaja. Dalam kegembiraan itu,saya terkenang semua family saya. Apa akan jadi kalau mereka tau lepas ni.
Selepas sahaja saya bernikah saya terus pindah tinggal berdua dengan suami saya. So,selama ketiadaan saya di rumah mummy saya menjadi tanda tanya seluruh keluarga saya. Mereka mencari saya kenapa jarang nampak saya ada di rumah. Entah dari mulut mana khabar angin tersebar yang saya sudah bernikah dan tinggal tempat lain. Semua family saya sudah mula mengata itu ini terhadap saya dan sekali gus menyalahkan mummy saya kerana merahsiakn hal ini sehingga mummy syaa juga menjadi mangsa dipulaukan oleh mereka semua. Sangat kesian mummy saya dipulau oleh adik beradik. Kesedihan mummy saya salah satu merupakan ujian kehidupan yang berat bagi saya. Saya hanya mampu berdoa selepas setiap kali solat agar Allah melembutkan hati mummy saya dan terimalah saya sebagai anak kandung dia yang beragama islam dan juga saya doakan dia kuat juga menempuh cabaran daripada adik beradiknya yang sentiasa menyalahnya. Sakitnya saya melihat keluarga saya sendiri dipulau oleh keluarga besar saya. Sakitnya saya melihat mereka diasingkan di setiap majlis kekeluargaan. Kerana saya,mereka yang terkena tempias. Kerana saya mereka lah yang terpaksa tahan telinga semasa berjumpa keluarga besar saya di mana2 sahaja.
Keluarga besar saya silap,mereke berfikir bahawa saya masuk islam saya sudah memutuskan persaudaraan saya. Terlalu banyak andaian yang mereka buat terhdap diri saya yang beragama islam dan seolah-olah mahu melihat saya dan suami saya dilanda masalah. Sanggup mereka berkata saya dengan husband saya kahwin senyap2 kerana ditangkap basah dan juga saya sudah mengandung. Mereka juga menganggap husband saya akan mempunyai wife yang banyak lepas ni. Mereka juga sering berkata soal makan dan suka menimbulkan isu2 sensetif yang tidak patut diulas. Hinaan dari mereka bukanlah sesuatu yang baru bagi saya tapi perlahan-lahan hinaan dorang lah buat saya semakin kuat untuk buktikan pada mereka yang apa dorang hina dan cakap itu adalah salah. Islam tidak jahat yang jahat adalah manusia. So,janganlah menyalahkan agama setiap kali ada umatnya buat hal. Setiap ayat mereka yang menghina saya dan mengata saya itu tetap ada di ingatan saya dan rasanya tidak perlu saya tulis di sini kerana ayat tersebut sangat sensetif. Biarlah saya simpan sebagai ingatan saya untuk buktikan pada mereka yang saya akan kuat berdepan segala dugaan sebagai mualaff.
Selama saya menjadi seorang muslim saya jarang dijemput mana2 majlis kekeluargaan dari family besar saya. Salah satunya adalah disebabkan "Makanan",Mereka pun sedia maklum saya tidak lagi bebas makan bersama mereka seprti dahulu. Sedangkan makan di rumah mummy saya pun saya diasingkan tempat makan. Mulanya saya berasa sedih kerana saya tidak dapat berkumpul dan makan dengan mereka tetapi perlahan-lahan saya dapat terima semua ini. Saya menjadi lebih positif dan kuat,setiap kali saya tidak dijemput majlis kekeluargaan kerana saya sedar saya tidak lagi seperti dulu bersedih dan mula berfikir bukan2. Macam-macam majlis diadakan oleh family saya,saya hanya tengok yang dorang post dekat whatsap group dan facebook. Mulanya saya agak cemburu tapi husband saya cakap kalau tidak suka nampak left group tapi saya tidak mahu left sebab itu sahaja la saya ada untuk tahu perkembangan family besar saya. So,saya belajar untuk kawal perasaan saya walaupun susah saya tetap kuatkan juga. Alhamdulilah,saya dapat menjadi orang yang matang dan positif mengawal perasaan cemburu saya.
Walaupun agak sukar penerimaan mereka terhadap saya tapi pada hari persandingan saya,merekalah yang datang membantu saya pada majlis itu dan mereka lah meramaikan majlis saya. Saya tahu mereka kecewa tapi mereka tetap pergi untuk saya dan keluarga saya. Saya agak kecewa juga pada family saya sebelah mummy saya. Mereke sepertinya tidak dapat terima saya berkahwin dengan muslim sehinggakan majlis resepsi saya hanya beberpa orang sahaja yang hadir dan yang lain dnegan alasan masing2 sedangkn saya hanya berkahwin sekali sahaja tapi mereka sanggup bagi alasan untuk tidak hadir. Di sini saya sedar satu perkara dan satu hal,keluarga yang selama ini saya puji dan sayang serta rapat sanggup dan rela tidak hadir di majlis saya kerana saya menjadi muslim. Mereka langsung tidak memberi muka terhadap mummy saya yaitu kakak sulung mereka dan yang hadir pun hanya beberapa orang. Bayangkan betapa sedihnya saya kerana selama ini merekalah saya rapat tetapi merekalah yang buang saya dan tidak bagi muka pada hari besar saya. Dan keluarga yang mengata saya itu ini dari kecil sampai lah ke besar itulah yang ada pada majlis saya. Keluarga sebelah daddy saya. Even saya sudah tiada daddy dan adikberadik daddy saya semua jenis tegas tetapi mereka tetap bagi muka terhdap saya walaupun saya tahu mereka 1000 kali ganda dorg menentang apa saya buat tetapi mereka tetap bagi muka untuk hadir d majlis perkahwinan saya. Mereka jugalah yang tolong segala urusan saya pada hari itu. Di sini saya sedar,bukan semua orang yang kita rapat akan ada untuk kita masa kita perlukan mereka tetapi orang yang kita tidak rapat dan anggap tidak kena sayang itu lah yang ada untuk kita pada masa kita memerlukan. Kesedihan saya hilang perlahan-lahan setelah melihat keikhlasan family yang hadir di majlis resepsi.
To all the readers,di sini saya ingin berterus terang. Saya sayangkan agama baru saya. Saya perlahan-lahan belajar solat dan sekarang saya boleh solat bersendirian sudah. Syukur Ya Allah,husband saya sangat kuat dan baik hati terhadap saya dia mengajar saya untuk mengenal islam. Indahnya islam 😚 Husband saya mengajar saya step by step,dia tidak memberi tekanan terhadap saya. Saya masih ingat pertama kali saya mula berhijab pada Tahun 2015 semasa raya,saya turun dengan bertudung dan berbaju kurung,agak terkejut family mentua saya dan husband saya. Dorang fikir saya pakai masa raya sahaja dan terkejut sehingga hari ini saya masih bertudung. Mereka suka dengan penampilan saya dan berharap saya menutup aurat kerana keikhlasan saya. Husband saya pada mulanya risau saya hanya ikut trend semata2 kerana musim itu adalah musim "hijabster" tetapi saya tetap dengan pendirian saya untuk terus menutup aurat dan dialah orang yang paling bahagia. Family besar saya pun mula menerima saya perlahan-lahan walaupun tidak seperti dahulu tapi saya tetap bersyukur kerana mereka mula menerima saya dan mula memangil saya untuk ke majlis kekeluargaan dan menyediakan catering masakan muslim bagi saya dan husband.
"Maksudnya
dengan kita berdzikir kepada Allah semua kegundahan dan galaunya hati
kita akan hilang dang berubah menjadi kesenangan dan kegembiraan.
Tidak
ada yang lebih besar untuk mendatangkan kebahagianan dan ketenangan
untuk hati manusia melebihi dengan berdzikir pada Allah ta’ala." https://luthfan.com/doa-supaya-hati-tenang-dan-sabar/
**Ini pertama kali saya salam husband saya dan pertama kali saya salam seperti ini. Selama ni mana pernah saya salam macam ni.
**Alhamdulilah,first step settle masa ni. Tinggal majlis sanding sebelah husband dan sebelah saya.
**My cousin and my family from my daddy side. Birthday celebration for my cousin and all of us togther that time. My aunty catering muslim food for me and my husband only. Still remember they ask us to take our food first then baru all of them ambil their food.
Bismillahirohamannirohim...
Ya Allah, syukur alhamdulilah atas segala nikmat yg Engkau berikan,
Selawat ke atas Nabi Muhammad SAW, nabi junjungan,
Ya Allah, ampunilah segala dosa-dosaku, dosa kedua ibubapaku, dosa sahabat-sahabatku,
Teguhkanlah hidayahMU kepada kami ya Allah...
Make Google view image button visible again: https://goo.gl/DYGbub

No comments:
Post a Comment